Labels

Monday, February 28, 2011

Minggu Anti Dadah

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan pihak PSS telah menjalankan aktiviti anjuran bersama. Aktiviti tersebut berjalan selama 2 minggu. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pertandingan kuiz, jejak maklumat, melukis poster, mereka cogankata, mewarna, pameran dan tayangan CD. Diharapkan program tersebut dapat membuka minda murid untuk menjauhi dadah.

Pelancaran Kempen Membaca 1Malaysia

14 Februari 2011

Alhamdulillah. Pelancaran Kempen Membaca 1Malaysia dan Penyampaian Watikah Pengawas PSS berjaya diadakan. Pelancaran dimulakan dengan ucapan GPM diikuti ucapan Guru Besar. Seterusnya Guru Besar merasmikan pelancaran kempen tersebut. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian koir Lagu NILAM dan Lagu Membaca Gaya Hidup Wawasan. Majlis diakhiri dengan penyampaian watikah kepada pengawas PSS.

Saturday, February 12, 2011


8 Februari 2011

Anugerah Tokoh NILAM

PSS SKPG 3 telah menghantar 2 orang calon untuk Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Daerah.
1) Siti Nadhirah bt Samsi
2) Hanis Ainaa bt Uzir
Wakil dari SKPG 3 telah berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada adik berdua.

Tuesday, February 8, 2011

Orientasi PSS kepada murid Tahun 1




14 Januari 2011

Orientasi Pusat Sumber Sekolah kepada murid-murid tahun 1 berjaya diadakan. Murid-murid didedahkan tentang :
1-Lokasi PSS dan rangkaian-rangkaian PSS yang lain
2-Pelan dalaman PSS dan perkhidmatan
3-Pelan ruang-ruang dalam perpustakaan
4-Mengenali Guru Penyelaras PSS dan Pengawas PSS
5-Peraturan PSS
6-Koleksi Bahan PSS

Seramai 125 orang murid terlibat dalam orientasi tersebut. Diharapkan program yang dijalankan tersebut sedikit sebanyak dapat membuka minda murid tersebut untuk mengenali PSS dengan lebih dekat dan seterusnya murid dapat memanfaatkan PSS semaksima mungkin.