Labels

Monday, February 28, 2011

Minggu Anti Dadah

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan pihak PSS telah menjalankan aktiviti anjuran bersama. Aktiviti tersebut berjalan selama 2 minggu. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pertandingan kuiz, jejak maklumat, melukis poster, mereka cogankata, mewarna, pameran dan tayangan CD. Diharapkan program tersebut dapat membuka minda murid untuk menjauhi dadah.

Pelancaran Kempen Membaca 1Malaysia

14 Februari 2011

Alhamdulillah. Pelancaran Kempen Membaca 1Malaysia dan Penyampaian Watikah Pengawas PSS berjaya diadakan. Pelancaran dimulakan dengan ucapan GPM diikuti ucapan Guru Besar. Seterusnya Guru Besar merasmikan pelancaran kempen tersebut. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian koir Lagu NILAM dan Lagu Membaca Gaya Hidup Wawasan. Majlis diakhiri dengan penyampaian watikah kepada pengawas PSS.